Tiupan angin sempoi-sempoi memaksanya untuk mengikat
rambutnya yang mengurai panjang itu.Disinilah tempat untuk dia mencari
ketenangan.Memandang laut China Selatan membuat dia berasa aman.Tanpa gangguan
sesiapa.Jika dia ada masalah inilah tempatnya.Tiba-tiba Hannan mengeluh berat.Nampak
sangat tertekan.Dadanya terasa sangat sempit.Fikirannya kusut.Hannan sudah
letih berfikir tentang tujuan hidupnnya.Dia hilang arah setelah kematian
ibunya.Satu-satunya orang yang sayang padanya telah pergi untuk
selamanya.Bagaimana dia boleh hidup bersama ayah tirinya.
Siulan nakal anak-anak muda kolej Meranti mengiringi lenggok
Hannan berjalan melintasi mereka yang berada di kafetria kolej tersebut.”Sarah
tengok Hannan tu.Menyampah aku.Tudung tak reti nak pakai.Tahu goda lelaki
jew.Tak takut dosa agaknya.”ucapan kasar Asyikin.Mulutnya terherot-herot
apabila mengutuk Hannan.”Ish,Syikin tak baik kata begitu.Mana tahu dia ada
masalah sampai tak boleh pakai tudng lagi.Cuba la husnuzon dengan orang.”balas
Sarah.Sarah tidak gemar sahabatnya bercerita keburukan orang.Dalam surah al-Hujurat
ayat 11 ALLAH telah berfirman “Wahai orang-orang yang beriman!Janganlah suatu
kaum lelaki mencemuh kaum lelaki yang lain,kerana boleh jadi mereka yang
dicemuh lebih baik daripada yang mencemuh dan jangan pula perempuan-perempuan
mencemuh perempuan yang lain,kerana boleh jadi mereka yang dicemuh lebih baik
daripada yang mencemuh.Janganlah kamu saling mencela antara satu sama yang lain
dan janganlah saling memanggil dengan gelaran-gelaran yang buruk.Seburuk-buruk
panggilan adalah panggilan yang buruk (fasik) setelah beriman.Dan barang siapa
tidak bertaubat,maka mereka itulah orang yang zalim.Adibah yang berada diantara
Sarah dan Asyikin pun menyampuk “Ya la Sarah.Tak kan dia tak tahu kot.Nama Dah
macam orang islam.Agama dia pun islam.Tak kan dia tak tahu tidak menutup aurat
tu dosa.uma muka dia saja la macam Chinese sikit.Tapi tu bukan alasan untuk dia
tidak bertudung.”Hati Adibah membara apabila melihat saudaranya sendiri tidak
mahu menjaga maruah agama.”Sudah la tu Syikin,Diba.Kita tak tahu apa yang dia
alami.Mungkin dia ada krisis dengan kehidupan dia.Tak perlu la kita menghukum
dia begitu.Sepatutnya kita bersama-sama membawa dia kembali ke jalan yang
benar.Sanggupkah kalian melakukannya?”.Mereka terdiam apabila Sarah
bersuara.Nampak muka Sarah yang terlitup indah dengan tudung labuhnya serius
memandang mereka berdua.Sarah sangat tegas tentang itu.Setelah itu mata Sarah
memandang sayu kearah Hannan yang berseorangan di satu sudut meja di
kafetria.Hannan memang cantik.Mukanya bujuh sirih,kulitnya putih kemerahan
manakala matanya pula tidaklah terlalu sepet.Badannya mempunyai potongan yang
menarik.Tinggi dan kurus.Rambut yang lurus serta panjang mengurai.Jadi tidak
hairanlah Hannan menjadi buruan lelaki-lelaki di kolej tersebut.Hannan selalu
bersendirian.Dalam hati Sarah berbisik.aku harus membantunya.
Di pantai itu dia mencipta kenangan.Di pantai dia merindui
seseorang.Ya,dia rindukan ibunya.Hannan masih ingat lagi 3 tahun lepas.Dia
merawat ibunya.Ayah tirinya?Ah..Ayah tirinya hanya tahu mabuk dan berjudi
saja.Tidak peduli tentang hal rumah tangga.Dia kan ketua judi di daerah
itu.Semua permainan judi dimenanginya.Jadi tidak hairanlah dia boleh menbukan
sebuah kelab malam.Hidup hanya digelombong dengan dosa sahaja.Hannan menuam ais
di muka ibunya.Lebam itu semakin membengkak.Hendak dibawa ke klinik ibunya
tidak mahu.Nanti akan dibalun lagi oleh ayah tirinya.Dalam hati Hannan tak
henti-henti menyumpah ayah jahatnya itu.Sedang ralit Hannan menuam lebam ibunya
menahan tangannya dari berhenti bergerak.Ibunya mengulas lembut tangan anak
gadis yang paling disayangi.”Anne mahu dengar satu cerita?”Tanya si ibu dengan
suara yang tenggelam timbul.Hannan hanya mengangguk.Tidak berani dia menyatakan
tidak.Nampak di mata ibunya begitu bersungguh-sungguh.
Ada seorang wanita bernama Anna yang mempunyai anak gadis.Hanya
gadis itu tempat dia mencurah segala sayang setelah dia dihalau oleh
keluarganya atas alasan menukar agama Kristian kepada islam kerana
cinta.Akhirnya dia merana kerana lelaki itu miskin.Anna yang biasa hidup senang
tidak mampu menyesuaikan diri dengan kehidupan barunya.Selepas melahirkan
Hannan,Anna menuntut cerai daripada suaminya dan kembali ke pangkuan
keluarganya kembali.Atas nama cinta lelaki itu yang telah bergelar ayah
melepaskan isterinya yang tercinta.Dihati lelaki itu hanya ALLAH yang tahu
bertapa tersiksanya melepaskan perempuan-perempuan yang dia sayang.Lelaki itu
mengucup dahi anaknya mungkin untuk kali terakhir.Air mata tak henti-henti
mengalir dari matanya.Ditelinga bayi itu si ayah berbisik “Jadilah anak yang
solehah kepada orang tuamu anakku”.Anna terus berlalu pergi.Tidak mahu
terus-terusan di bayangi lelaki itu.Orang cina kata bala mungkin akan melekat
pada hidupnya.So sebelum kena baik lari dulu.Kembali kepada keluarganya dan
berkahwin dengan orang pilihan keluarga.Mathir.Itulah nama lelaki pilihan
keluarga.Berpendidikan,kaya dan pandai mengambil hati orang tua Anna.Atas
alasan mahu mengembangkan perniagaan Mathir menjadi pilihan.Anna terima.Dah
alang-alang dia pun dah islam jalan terus.Bak kata pepatah melayu di sangka
cerah di siang hari rupanya hujan di waktu petang.Hidup Anna dikelilingi
ketakutan.Suami barunya seorang yang panas baran.Hidup penuh dengan
kejahilan.Tidak seperti agama yang dianutinya.Setiap hari Anna dibelasah bila
Mathir mengalami kekusutan.Anna menyesal.Dia ingin kembali kepada suami
lamanya.Namun apakan daya.Dia tidak berani.Pernah Mathir mengugut mahu membunuh
anaknya jika Anna lari.Kerana terlalu saynagkan anaknya Anna cuba
bertahan.Bertahan dan terus bertahan .Sehinggalah Anna jatuh sakit akibat
pendarahan yang berlaku dalam tubuhnya.Mathir tidak ambil peduli
tentangnya.Anna dan anaknya tidak dibenarkan memakai tudung ketika
keluar.Katanya nampak sangat kolot.Habis semua tudung dan baru Anna dibakarnya
jika Anna tidak mengikut perintah.Hidup bagaikan di neraka.Itulah yang dia
alami.Sdahlah ilmu tentang agama dia tidak cukup banyak untuk membidas
kata-kata Mathir.Apakan daya dia mualaf.masih lagi mencari.Tapi di tengah jalan
dia berhenti kerana tidak tahan dengan ujian tuhan.
Air mata mengalir lebat di pipi ibu Hannan.Anak yang baik
itu menyapu lembut air mata ibunya.”Hannan…Janji dengan mama ya.Cari ayah
kandungmu.Hanya dia yang mampu menyayangimu.Cari dia Hannan.Bagitahu dia yang
mama minta maaf sangat-sangat dengan dia.Tolong Hannan.Hanya dia yang saynagkan
kita.Jadilah anak yang baik Hannan.Ayahmu selalu berdoa Hannan menjadi anak
yang solehah.” “Baik mama.Hannan akan
cari ayah.Mama rehat la.””Hannan…””yew mama”sambal menatap mata ibunya.”Jangan
lupa belajar solat ya.Pakai tudung.Tutup aurat.Itu lambing kesucian seorang
wanita.”.Hannan terdiam.Selama ini dia tidak menyentuh pakaian yang dinama
tudung.Tidak pernah menyentuh yang dinamakan sejadah.Hari ini ibunya
meminta.Mampukah dia?Ah dia lebih takutkan ayah tirinya berbanding permintaan
ibunya.Tak pasal-pasal dia pulak yang dibelasah.Seramnyaa…..
“Terkenang sebuah memori lalu ke?”satu suara menyapa
Hannan.Terkejut dia sehingga kepala memusing 180 darjah.Harghh..!!!!Lelaki ini
lagi.Tiada lelaki lainkah yang mahu menggangguku?Muak betul tengok muka selenger
mamat kerek nie.”Aik Hannan?Awak kutuk saya ka?Dosa tau mengata
orang.Hehehe.”usik lelaki tersebut.”Kau nak apa lagi Safwan.Aku rimas
la.”Lelaki manis yang bernama Safwan tersenyum nipis.”Taka da apa-apa.Kali ini
saya tak lama.Cuma nak bagi awak hadiah sempena hari lahir awak yang ke 21
nie.”Safwan meletakkan bungkusan hadiah di sebelah Hannan.Hannan hanya
memandang sepi kotak balutan cntik tersebut.Matanya terus terarah pantai yang
tenang.”Hannan…Lagi elok kalau kita memandang ciptaan ALLAH dengan menyebut
Alhamdulillah,Allahuakbar,Subhanallah, Masyaallah. Insyaallah ketenangan milik
kita.”Safwan berlalu pergi.Kenapa?Kenapa dia datang?Tak henti-henti dia
mengejar aku.Bukan aku melayan pun.Aku tetap aku.Dingin dengan semua lelaki
setelah apa yang ayah tiri aku lakukan aku takut dengan lelaki.Takut mereka
akan aniaya aku.Lelaki dengan cinta tidak pernah wujud.Hannan memandang kotak
di sebelahnya.Ini bukan pertama kali dia mendapat hadiah.Sudah acap kali
daripada lelaki yang sedang mengejarnya.Lelaki yang ingin menganggunya.Tidak
bolehkah bagi ruang untuk dia bernafas.Untuk dia bebas.Dia rimas dikejar-kejar
begitu.Tapi Safwan lain.Safwan hanya duduk bercakap tentang indah
dengannya.Indahnya kehidupan.Nikmatnya kehidupan.Argh..orang tak tahu apa yang
dia alami.Senang la cakap indah.
Sarah berjalan dan terus berjalan.Kakinya seolah-olah tidak
mahu berhenti.Tangisan itu makin kedengaran jelas.Ya ALLAH!KAU ringanlah beban
yang di tanggung oleh hambaMU itu.Sarah terhenti langkahnya.Terlihat di biras
matanya seorang gadis menangis di sebalik bangunan fakulti.”Hannan?Kenapa
nie?”Sarah menegur.Risau dia melihat keadaan Hannan yang tidak terurus
itu.Serabai sangat.”Eh.Sarah.Tak ada apa-apalah.”Hannan bangun cuba untuk
melarikan diri.Dia malu dengan Sarah.Malunya Sarah dengar dia menangis.”Hannan
janganlah begini.Awak perlukan kawan untuk berkongsi segala suka duka.Nie
kenapa tangan awak luka?Macam kena hiris dengan pisau sahaja.Kenapa muka awak
lebam nie?awak okey?””Tak….tak ada apa-apa.””Hannan.Tak perlu la awak berdalih.Siapa
yang dera awak nie?Teruk saya tengok.Beritahulah saya.Insyaallah saya akan
tolong awak.”Air mata Hannan merembes keluar dengan laju.Terus dia memeluk
Sarah.”Sarah..!!!Tolong saya.Saya takut.Saya dah tak mahu hidup.Terseksa
sangat.”Hannan memeluk erat Sarah.Tiba masanya dia memecahkan segala pekung di
hati.Sakit sangat yang dia tanggung.Sarah menggosok belakang Hannan.Membelai
lembut rambut Hannan yang panjang mengurai.”Ayah tiri saya mengalami kerugian
besar.Kelam malamnya harus ditutup kerana menjalankan perniagaan haram.Ayah tak
mampu membayar segala hutang.Jadi dia mahu menjual saya sebagai galang ganti.Tolong
saya Sarah.” Ya Allah… Bantulah hambaMu yang lemah ini.Ringanlah bebannya.
Hannan merebahkan badannya di atas katil empuk biliknya.Bergolek-golek
dia di atas kaltil.Tiba-tiba matanya tertacap pada sebuah kotak yang dia
biarkan sepi.Hadiah pemberian Safwan tidak pernah dia usik.Hatinya hari itu
merontaronta mahu membuka hadiah yang tidak sebesar mana seperti hadiah yang
dia terima dari lelaki-lelaki lain.Hadiah lelaki-lelaki lain semua dibuang Cuma
hadiah yang 1 ini tak sampai hati mahu dibuang.Hari ini sahaja dia berpeluang
melihat isi kandungan hadiah tersebut.Di bukanya dengan
cermat.Haa???Buku???Shawl???Hannan mengangkat buku yang bertajuk Auratku
Maruahku karya Mohd Solleh Ab. Razak dan Siti Fatimah Hasan.Hannan memegang
tudung yang turut bersama dengan buku itu.Ermm…lembut.Cantik.Hannan
tersenyum.Tangannya terus membelek dan membuka setiap helaian muka surat buku
tersebut.Semakin baca semakin dia meronta untuk melakukan apa yang telah
disampaikan oleh penulis.Di celahan helaian muka surat terdapat 1 nota ‘ISLAM
SAYANG WANITA J
WOMEN WE LOVE’.Ini mesti kerja Safwan.
“Hannan!!!!!!!”jerit lelaki kejam itu.Hannan diam.Tiba-tiba
pintu biliknya dirempuh kuat.”aku panggil kau tak jawab.Kau pekak kew?”Hannan
menggigil saat ayah tirinya menggila.Takut dia melihat ayah tirinya.Mama…Tolong
Hannan.!!!”Dah mari ikut aku.Tauke tu nak kau malam nie.”Mathir menarik tangan
polos Hannan.”Ayah tolong la jangan paksa Hannan.Hannan tak mahu.””Jangan
degil.Kalau tak parah kau nanti.Cepat!!!”Mathir terus mengheret Hannan yang
kesakitan tanpa belas kasihan. “Ayah tolong la.Sakit tangan Hannan.Hannan tak
nak pergi.”Hannan tak hentihenti merayu.Pang!!!!Berdesing telinga
Hannan.Kepalanya terteleng ke tepi.Dia menggosok pipinya yang berbinar.Darah
mengalir keluar dari elah bibirnya.”Kan aku dah cakap.Jangan melawan.”Hannan
mengelap darah itu.Dia tekad.Apa nak jadi pun jadi la.Di telinganya seperti ada
yang berbisik.Hannan!!!Lari!!!Jangan bagi dia peluang untuk musnahkan hidup
kau.Percayalah ALLAH akan jaga kau.Dengan tenaga yang berbaki barcampur
keinginan untuk melepaskan diri,Hannan menolak kuat tubuh Mathir.Jatuh tergolek
Mathir.Kepalanya terhempap di dinding.Hannan kaget.Ya ALLAH apa aku dah
buat.Tubuh Mathir kaku di penjuru dinding biliknya.Hannan nie la peluang kau
lari.Cepat Hannan sebelum dia bangun.Hannan menggapai kain yang memang
tersangkut elok di biras katilnya.Dia ambil kain itu untuk menutup kepalanya.Hannan
terus berlari keluar dari tempat puaka itu.Hannan berhenti berehat di
perhentian bas untuk melepaskan lelah.Anak-anak muda sebaya dengannya dan yang
lagi muda darinya melepak di situ.Lelaki dan perempuan bercampuran.Bertepuk
tampar tanpa rasa segan.Hannan takut sebenarnya berlama di situ.Takut
diganggu.Tapi tidak.Mereka langsung tidak memandangnya seperti yang biasa dia
lalui.Pertama kali dalam hidupnya dia rasa bebas.Sebebasnya.Tanpa diganggu,rasa
selamat dari manusia yang ingin membuat keji kepadanya.Adakah kerana dia
memapaki shawl yang diberikan oleh Safwan.Jadi benarlah statmen yang
dikeluarkan oleh ilmuwan Islam.Tak bukan Islam tapi ALLAH.ALLAH yang mengatakan
begitu.Ya ALLAH aku percaya dengan adanya MU.Ampunkan aku.Berilah aku peluang
untuk bertaubat Ya ALLAH.Hannan merintih dalam hati.Air matanya mengalir keluar
pelahan.Hannan memeluk tubuhnya kerana kesejukan dingin malam.Dia lupa mengamil
telefonnya.Jika tidak bolehla dia menghubungi Sarah untuk meminta
pertolongan.Tiba-tiba dia melihat beberapa orang lelaki berpakaian hitam
menghampiri perhentian itu.Kelihatan seperti anak-anak buah Mathir.Adakah
mereka dating ntuk menangkapku?Tak..Tak boleh aku kena lari.Ketika Hannan mahu
melangkah seorang lelaki perasan dia.”Wei!!!Tu dia anak bos.”Hannan kaget.Dia
terus melintas jalan tanpa memandang kiri kanak.Tiba-tiba……..
Sadaqallahua’zim.Sarah mengakhiri dengan MAKA BENARLAH
FIRMAN ALLAH YANG MAHA AGUNG ITU.Hati Sarah bila tak tenang dia akan membaa
kalam suci itu.Cuma ayat-ayat yang suci sahaja mampu menenagkan gundah di
hatinya.Sarah menghampiri kometer riba yang masih terpasang.Assigment tak siap
lagi nie.Malam makin larut.Bosan pulak tu.Ah..pasang lagu la.Laungan
cinta.Itulah pilihannya.Sedang menghayati lagu itu dia teringat Hannan.Lagu ini
seperti mengisahkan tentang kisah hidup Hannan.
Aku impikan cinta lagi,
adakah akan hadir sebuah laungan cinta?
Dan bila mata aku melihat kesakitan yang tersimpul dihatimu,
yang tak mampu
untuk kau selindung itu,
sesungguhnya aku terluka dengan kesedihan yang datang,
beratnya dugaan yang kau hadapi oh
Hadirlah wahai cinta,
moga hilangnya sengsara,
usah ditangisi,
iya, lukamu kan pulih jua
hulurkan tanganmu,
bernafaskan rasa rindu,
percaya pada yang satu,
bergema hanya laungan cinta,
Aku impikan cinta lagi,
adakah akan hadir sebuah laungan cinta?
Dan bila ku melihat sakitnya yang kau rasa,
denyut pedihnya kurasa bersama,
andai tiada bertepi penyeksaan ini,
laungkanlah suara cinta,
andai tiada bermaya pasti kan menjelma,
ketentuan dari yang kuasa
Walaupun hujan seakan tak henti,
sabarlah menanti pelangi,
kan tumbuh mekar bunga-bunga syurga,
bahagia selama-lamanya
sesungguhnya aku terluka dengan kesedihan yang datang,
beratnya dugaan yang kau hadapi oh
Hadirlah wahai cinta,
moga hilangnya sengsara,
usah ditangisi,
iya, lukamu kan pulih jua
hulurkan tanganmu,
bernafaskan rasa rindu,
percaya pada yang satu,
bergema hanya laungan cinta,
Aku impikan cinta lagi,
adakah akan hadir sebuah laungan cinta?
Dan bila ku melihat sakitnya yang kau rasa,
denyut pedihnya kurasa bersama,
andai tiada bertepi penyeksaan ini,
laungkanlah suara cinta,
andai tiada bermaya pasti kan menjelma,
ketentuan dari yang kuasa
Walaupun hujan seakan tak henti,
sabarlah menanti pelangi,
kan tumbuh mekar bunga-bunga syurga,
bahagia selama-lamanya
Ya..Memang
sama.Sarah memang pencinta lagu.Tapi lagu yang berunsur ketuhanan je la.Pernah
dia memasang satu lagu yang sedang merebak di youtube.”Eh Sarah awak dengar
lagu apa tu?””Ish.Hannan rupanya.Terkejut saya tau.Kenapa tak bagi salam
dulu.””Hehehe.sorry la.Assalamualaikum.”Sarah menjawab salam Hannan dengan dada
yang lapang.”Hannan nak tahu kenapa kita perlu memberi salam?”Hannan
menggeleng.Dia memang tak tahu apa-apa tentang Islam.”Assalamualaikum bermaksud
sejahteralah keatas kamu.Nabi suruh kita doakan orang yang kita jumpa sebab itu
lambing kita sayangkan orang it.Lagi satu itu adalah salah satu cara untuk
mengeratkan silaturahim antara kita.”Hannan mengangguk-angguk faham seperti
anak kecil.”Ohh..begitu.Eh Sarah lag apa yang awak dengar nie.Muzik dia best
sangat macam lagu One Direction je.Tapi lain la.Lain sangat rentak dia.””Ha ini
tajuk dia Hijab Make You Beautiful.Parady untuk What’s Make you Beautiful.Dia
orang nie olah lagu nie untuk perempuan.Dia orang berpendapat perempuan lagi cantik kalau
berhijab.Tapi yang nyanyi lagu nie bukan dia orang la.Voice of Men yang
nyanyi.Yang dia orang Cuma buat official muzik je.Best kan lagu nie.””Yup.Best
sangat.Muzik dia lagi rancak.Lirik lagu dia pun best.Cantiknya tengok
perempuan-perempuan nie pakai tudung.Boleh ka pakai tudung macam dia
orang?””Boleh.Tak ada masalah.Islam tak menghalang muslimah berfesyen.Janji
ikut garis panduan yang diberi.Tidak jarang,tutup dada,tidak menampakkan
sanggul seperti bonggol unta.Mudah kan?” “Erk..Sarah?Orang macam saya nie layak
ka untuk dapat keampunan dari Tuhan?””Hannan..Apa pulak tak layak.Kita kan
hamba-NYA.DIA yang cipta kita.Mesti la kita kena kembali kepada DIA.””Awak
doakanlah saya semoga dapat ikut segala suruhan Tuhan ya.Seronok jadi
awak.Selalu tenang je.Macam taka da masalah.”Insyaallah.Awak pun kena la usaha
untuk berubah.Setiap orang ada masalah uma macam mana kita nak hadapinya
mungkin berbeza.ALLAH akan tolong kita kalau kita ikut perintah-NYA.Percayala
ALLAH saying kita.”Hannan senyum.Senyuman yang menyimpan beribu kedukaan di
dalam hati dan hidupnya.Semoga ALLAH memberinya hidayah sebelum diangkat
rohnya.
Aku di mana?Kenapa putih ja nie?Aku dah mati ka?Ya ALLAH aku
belum sempat bertaubat.Tolonglah hidupkan aku kembali untuk sujud pada-MU.”Anak
dah sedar?”Hannan memandang lelaki yang menegurnya.Di sebelah lelaki tua itu
ada seorang wanita bertudung tersenyum manis kearahnya.”Saya di mana nie pak
cik?”Tanya Hannan.”Kamu ada di klinik.Pak cik terlanggar kamu tadi.Doktor suruh
tunggu kamu sedar.Segala pengenalan kamu tiada jadi terpaksa la kami tngg kamu
sedar.Nak daftar kamu di klinik nie.””Nama saya Hannan.””Ohh..Hannan..Rumah di
mana?Biar pakcik hantarkan.””Hantarkan?Jangan pakcik.Saya tak mahu balik.Saya
takut.Ayah tiri saya nak jual saya.Tolong pakcik jangan.”Menangis Hannan.Wanita
di sebelah pakcik itu memeluk erat Hannan untuk menenangkan Hannan.”Abang.Kita
bawa balik je la Hannan nie.””Erm..Baiklah.Tapi kita kena buat report polis
dulu la.Boleh Hannan?”Hannan diam.”Kalau tak buat report ayah tiri kamu akan
cari kamu.”Hannan hanya mengangguk setuju.Dia sudah binggung mahu melakukan
apa.
“Kenapa kita berhenti sini makcik?”Hannan melihat bangunan
itu bercahaya terang.Ramai orang menuju ke bangunan tersebut.Lelaki perempuan
semuanya berpakaian elok.”Kita solat subuh dulu nak sebelum balik.Lagipun dah
masuk waktu nie.””Solat???”Air mata
Hannan menitis lagi.”Kenapa nie?””Hannan tak tahu solat makcik.Maam mana Hannan
nak solat?”Ya ALLAH kesiannya anak ini?Semoga ALLAH ampunkan ibu
bapanya.”Makcik tolong Hannan.””Tolong apa nak?””Tolong ajar Hannan
solat.”Wahida mengangguk.Hannan memeluk wanita yang sudah dia anggap seperti
mamanya.Dia dapat merasa kasih sayang yang mengalir dari tubuh wanita yang
bernama Wahida itu.
Safwan memandang Hannan yang sedang leka bermain dengan
keluarga barunya di pantai yang sering dia melihat gadis itu menangis.Alhamdulillah
dia sudah memiliki hidup yang dia inginkankan.”Assalamualikum abang.Hai kusyuknya
tengok.””Waalaikummussalam.Ish Sarah nie.Buat abang terkejut saja.””bekenan kat
Hannan bagitahu la ummi.Suruh ummi masuk meminang Hannan cepat.Dah alang-alang
Sarah memang tak sabar nak ada kakak ipar nie.”usik Sarah.”apa la Sarah
nie.Mana ada.””Eleh.tak ada konon.Ingat Sarah tak tahu abang selalu follow
Hannan tu?Jangan bang.Bahaya tu.Syaitan akan sentiasa mencucuk anak Adam yang
mengejar cinta palsu nie.Kalau ummi tahu.Siap abang kena.””Ya la.Nanti abang
bagitahu ummi.” ”Erm..Alhamdulillah.Happy sangat tengok Hannan seronok.Rasanya
dia dah dapat ketenangan dan kebebasan yang dia cari.Rupanya lelaki yang tolong
dia tu ayah kandung yang mama dia suruh cari.Ayah tirinya pulak dah masuk jail
sebab rasuah.Syukur kehadrat ILLAHI.Allah dah makbulkan segala permintaannya.”Alhamdulillah.Janji
ALLAH pasti.Siapa yang bersabar ALLAH akan bagi pelangi kepadanya.Laungan cinta
Hannan disambut oleh ALLAH.
p/t:Alhamdulillah siap jugak benda merapu nie.Hope korang suka.Sambil-sambil tu korang dengar la lagu yang dinyanyikan oleh Voice of Men Laungan Cinta.Waktu ila kering idea nak tulis ila dengar lagu nie la.Terus ada idea.Teruskan menyokong penasyid-penasyid kita.Untuk maklumat lanjut boleh klik di bawak yew.Serius lagu diaorang nie best.Sekarang nie diaorang tenag nyanyi satu lagi lagu Women We Love.Kami tunggu nie.
Link promo WWL: https://www.youtube.com/ watch?v=H39xAj8AXA8
Link official MV LC: http://www.youtube.com/ watch?v=bEysU5mHhHE
Link official MV LC: http://www.youtube.com/
Salam, boleh hubungi Voice of Men di page kami? Ada CD percuma untuk anda.
BalasPadam