Powered By Blogger

Ahad, 7 Disember 2014

Cerpen:Laungan Cinta

      Tiupan angin sempoi-sempoi memaksanya untuk mengikat rambutnya yang mengurai panjang itu.Disinilah tempat untuk dia mencari ketenangan.Memandang laut China Selatan membuat dia berasa aman.Tanpa gangguan sesiapa.Jika dia ada masalah inilah tempatnya.Tiba-tiba Hannan mengeluh berat.Nampak sangat tertekan.Dadanya terasa sangat sempit.Fikirannya kusut.Hannan sudah letih berfikir tentang tujuan hidupnnya.Dia hilang arah setelah kematian ibunya.Satu-satunya orang yang sayang padanya telah pergi untuk selamanya.Bagaimana dia boleh hidup bersama ayah tirinya.
        Siulan nakal anak-anak muda kolej Meranti mengiringi lenggok Hannan berjalan melintasi mereka yang berada di kafetria kolej tersebut.”Sarah tengok Hannan tu.Menyampah aku.Tudung tak reti nak pakai.Tahu goda lelaki jew.Tak takut dosa agaknya.”ucapan kasar Asyikin.Mulutnya terherot-herot apabila mengutuk Hannan.”Ish,Syikin tak baik kata begitu.Mana tahu dia ada masalah sampai tak boleh pakai tudng lagi.Cuba la husnuzon dengan orang.”balas Sarah.Sarah tidak gemar sahabatnya bercerita keburukan orang.Dalam surah al-Hujurat ayat 11 ALLAH telah berfirman “Wahai orang-orang yang beriman!Janganlah suatu kaum lelaki mencemuh kaum lelaki yang lain,kerana boleh jadi mereka yang dicemuh lebih baik daripada yang mencemuh dan jangan pula perempuan-perempuan mencemuh perempuan yang lain,kerana boleh jadi mereka yang dicemuh lebih baik daripada yang mencemuh.Janganlah kamu saling mencela antara satu sama yang lain dan janganlah saling memanggil dengan gelaran-gelaran yang buruk.Seburuk-buruk panggilan adalah panggilan yang buruk (fasik) setelah beriman.Dan barang siapa tidak bertaubat,maka mereka itulah orang yang zalim.Adibah yang berada diantara Sarah dan Asyikin pun menyampuk “Ya la Sarah.Tak kan dia tak tahu kot.Nama Dah macam orang islam.Agama dia pun islam.Tak kan dia tak tahu tidak menutup aurat tu dosa.uma muka dia saja la macam Chinese sikit.Tapi tu bukan alasan untuk dia tidak bertudung.”Hati Adibah membara apabila melihat saudaranya sendiri tidak mahu menjaga maruah agama.”Sudah la tu Syikin,Diba.Kita tak tahu apa yang dia alami.Mungkin dia ada krisis dengan kehidupan dia.Tak perlu la kita menghukum dia begitu.Sepatutnya kita bersama-sama membawa dia kembali ke jalan yang benar.Sanggupkah kalian melakukannya?”.Mereka terdiam apabila Sarah bersuara.Nampak muka Sarah yang terlitup indah dengan tudung labuhnya serius memandang mereka berdua.Sarah sangat tegas tentang itu.Setelah itu mata Sarah memandang sayu kearah Hannan yang berseorangan di satu sudut meja di kafetria.Hannan memang cantik.Mukanya bujuh sirih,kulitnya putih kemerahan manakala matanya pula tidaklah terlalu sepet.Badannya mempunyai potongan yang menarik.Tinggi dan kurus.Rambut yang lurus serta panjang mengurai.Jadi tidak hairanlah Hannan menjadi buruan lelaki-lelaki di kolej tersebut.Hannan selalu bersendirian.Dalam hati Sarah berbisik.aku harus membantunya.
          Di pantai itu dia mencipta kenangan.Di pantai dia merindui seseorang.Ya,dia rindukan ibunya.Hannan masih ingat lagi 3 tahun lepas.Dia merawat ibunya.Ayah tirinya?Ah..Ayah tirinya hanya tahu mabuk dan berjudi saja.Tidak peduli tentang hal rumah tangga.Dia kan ketua judi di daerah itu.Semua permainan judi dimenanginya.Jadi tidak hairanlah dia boleh menbukan sebuah kelab malam.Hidup hanya digelombong dengan dosa sahaja.Hannan menuam ais di muka ibunya.Lebam itu semakin membengkak.Hendak dibawa ke klinik ibunya tidak mahu.Nanti akan dibalun lagi oleh ayah tirinya.Dalam hati Hannan tak henti-henti menyumpah ayah jahatnya itu.Sedang ralit Hannan menuam lebam ibunya menahan tangannya dari berhenti bergerak.Ibunya mengulas lembut tangan anak gadis yang paling disayangi.”Anne mahu dengar satu cerita?”Tanya si ibu dengan suara yang tenggelam timbul.Hannan hanya mengangguk.Tidak berani dia menyatakan tidak.Nampak di mata ibunya begitu bersungguh-sungguh.
          Ada seorang wanita bernama Anna yang mempunyai anak gadis.Hanya gadis itu tempat dia mencurah segala sayang setelah dia dihalau oleh keluarganya atas alasan menukar agama Kristian kepada islam kerana cinta.Akhirnya dia merana kerana lelaki itu miskin.Anna yang biasa hidup senang tidak mampu menyesuaikan diri dengan kehidupan barunya.Selepas melahirkan Hannan,Anna menuntut cerai daripada suaminya dan kembali ke pangkuan keluarganya kembali.Atas nama cinta lelaki itu yang telah bergelar ayah melepaskan isterinya yang tercinta.Dihati lelaki itu hanya ALLAH yang tahu bertapa tersiksanya melepaskan perempuan-perempuan yang dia sayang.Lelaki itu mengucup dahi anaknya mungkin untuk kali terakhir.Air mata tak henti-henti mengalir dari matanya.Ditelinga bayi itu si ayah berbisik “Jadilah anak yang solehah kepada orang tuamu anakku”.Anna terus berlalu pergi.Tidak mahu terus-terusan di bayangi lelaki itu.Orang cina kata bala mungkin akan melekat pada hidupnya.So sebelum kena baik lari dulu.Kembali kepada keluarganya dan berkahwin dengan orang pilihan keluarga.Mathir.Itulah nama lelaki pilihan keluarga.Berpendidikan,kaya dan pandai mengambil hati orang tua Anna.Atas alasan mahu mengembangkan perniagaan Mathir menjadi pilihan.Anna terima.Dah alang-alang dia pun dah islam jalan terus.Bak kata pepatah melayu di sangka cerah di siang hari rupanya hujan di waktu petang.Hidup Anna dikelilingi ketakutan.Suami barunya seorang yang panas baran.Hidup penuh dengan kejahilan.Tidak seperti agama yang dianutinya.Setiap hari Anna dibelasah bila Mathir mengalami kekusutan.Anna menyesal.Dia ingin kembali kepada suami lamanya.Namun apakan daya.Dia tidak berani.Pernah Mathir mengugut mahu membunuh anaknya jika Anna lari.Kerana terlalu saynagkan anaknya Anna cuba bertahan.Bertahan dan terus bertahan .Sehinggalah Anna jatuh sakit akibat pendarahan yang berlaku dalam tubuhnya.Mathir tidak ambil peduli tentangnya.Anna dan anaknya tidak dibenarkan memakai tudung ketika keluar.Katanya nampak sangat kolot.Habis semua tudung dan baru Anna dibakarnya jika Anna tidak mengikut perintah.Hidup bagaikan di neraka.Itulah yang dia alami.Sdahlah ilmu tentang agama dia tidak cukup banyak untuk membidas kata-kata Mathir.Apakan daya dia mualaf.masih lagi mencari.Tapi di tengah jalan dia berhenti kerana tidak tahan dengan ujian tuhan.
          Air mata mengalir lebat di pipi ibu Hannan.Anak yang baik itu menyapu lembut air mata ibunya.”Hannan…Janji dengan mama ya.Cari ayah kandungmu.Hanya dia yang mampu menyayangimu.Cari dia Hannan.Bagitahu dia yang mama minta maaf sangat-sangat dengan dia.Tolong Hannan.Hanya dia yang saynagkan kita.Jadilah anak yang baik Hannan.Ayahmu selalu berdoa Hannan menjadi anak yang solehah.”  “Baik mama.Hannan akan cari ayah.Mama rehat la.””Hannan…””yew mama”sambal menatap mata ibunya.”Jangan lupa belajar solat ya.Pakai tudung.Tutup aurat.Itu lambing kesucian seorang wanita.”.Hannan terdiam.Selama ini dia tidak menyentuh pakaian yang dinama tudung.Tidak pernah menyentuh yang dinamakan sejadah.Hari ini ibunya meminta.Mampukah dia?Ah dia lebih takutkan ayah tirinya berbanding permintaan ibunya.Tak pasal-pasal dia pulak yang dibelasah.Seramnyaa…..
        “Terkenang sebuah memori lalu ke?”satu suara menyapa Hannan.Terkejut dia sehingga kepala memusing 180 darjah.Harghh..!!!!Lelaki ini lagi.Tiada lelaki lainkah yang mahu menggangguku?Muak betul tengok muka selenger mamat kerek nie.”Aik Hannan?Awak kutuk saya ka?Dosa tau mengata orang.Hehehe.”usik lelaki tersebut.”Kau nak apa lagi Safwan.Aku rimas la.”Lelaki manis yang bernama Safwan tersenyum nipis.”Taka da apa-apa.Kali ini saya tak lama.Cuma nak bagi awak hadiah sempena hari lahir awak yang ke 21 nie.”Safwan meletakkan bungkusan hadiah di sebelah Hannan.Hannan hanya memandang sepi kotak balutan cntik tersebut.Matanya terus terarah pantai yang tenang.”Hannan…Lagi elok kalau kita memandang ciptaan ALLAH dengan menyebut Alhamdulillah,Allahuakbar,Subhanallah, Masyaallah. Insyaallah ketenangan milik kita.”Safwan berlalu pergi.Kenapa?Kenapa dia datang?Tak henti-henti dia mengejar aku.Bukan aku melayan pun.Aku tetap aku.Dingin dengan semua lelaki setelah apa yang ayah tiri aku lakukan aku takut dengan lelaki.Takut mereka akan aniaya aku.Lelaki dengan cinta tidak pernah wujud.Hannan memandang kotak di sebelahnya.Ini bukan pertama kali dia mendapat hadiah.Sudah acap kali daripada lelaki yang sedang mengejarnya.Lelaki yang ingin menganggunya.Tidak bolehkah bagi ruang untuk dia bernafas.Untuk dia bebas.Dia rimas dikejar-kejar begitu.Tapi Safwan lain.Safwan hanya duduk bercakap tentang indah dengannya.Indahnya kehidupan.Nikmatnya kehidupan.Argh..orang tak tahu apa yang dia alami.Senang la cakap indah.
           Sarah berjalan dan terus berjalan.Kakinya seolah-olah tidak mahu berhenti.Tangisan itu makin kedengaran jelas.Ya ALLAH!KAU ringanlah beban yang di tanggung oleh hambaMU itu.Sarah terhenti langkahnya.Terlihat di biras matanya seorang gadis menangis di sebalik bangunan fakulti.”Hannan?Kenapa nie?”Sarah menegur.Risau dia melihat keadaan Hannan yang tidak terurus itu.Serabai sangat.”Eh.Sarah.Tak ada apa-apalah.”Hannan bangun cuba untuk melarikan diri.Dia malu dengan Sarah.Malunya Sarah dengar dia menangis.”Hannan janganlah begini.Awak perlukan kawan untuk berkongsi segala suka duka.Nie kenapa tangan awak luka?Macam kena hiris dengan pisau sahaja.Kenapa muka awak lebam nie?awak okey?””Tak….tak ada apa-apa.””Hannan.Tak perlu la awak berdalih.Siapa yang dera awak nie?Teruk saya tengok.Beritahulah saya.Insyaallah saya akan tolong awak.”Air mata Hannan merembes keluar dengan laju.Terus dia memeluk Sarah.”Sarah..!!!Tolong saya.Saya takut.Saya dah tak mahu hidup.Terseksa sangat.”Hannan memeluk erat Sarah.Tiba masanya dia memecahkan segala pekung di hati.Sakit sangat yang dia tanggung.Sarah menggosok belakang Hannan.Membelai lembut rambut Hannan yang panjang mengurai.”Ayah tiri saya mengalami kerugian besar.Kelam malamnya harus ditutup kerana menjalankan perniagaan haram.Ayah tak mampu membayar segala hutang.Jadi dia mahu menjual saya sebagai galang ganti.Tolong saya Sarah.” Ya Allah… Bantulah hambaMu yang lemah ini.Ringanlah bebannya.
            Hannan merebahkan badannya di atas katil empuk biliknya.Bergolek-golek dia di atas kaltil.Tiba-tiba matanya tertacap pada sebuah kotak yang dia biarkan sepi.Hadiah pemberian Safwan tidak pernah dia usik.Hatinya hari itu merontaronta mahu membuka hadiah yang tidak sebesar mana seperti hadiah yang dia terima dari lelaki-lelaki lain.Hadiah lelaki-lelaki lain semua dibuang Cuma hadiah yang 1 ini tak sampai hati mahu dibuang.Hari ini sahaja dia berpeluang melihat isi kandungan hadiah tersebut.Di bukanya dengan cermat.Haa???Buku???Shawl???Hannan mengangkat buku yang bertajuk Auratku Maruahku karya Mohd Solleh Ab. Razak dan Siti Fatimah Hasan.Hannan memegang tudung yang turut bersama dengan buku itu.Ermm…lembut.Cantik.Hannan tersenyum.Tangannya terus membelek dan membuka setiap helaian muka surat buku tersebut.Semakin baca semakin dia meronta untuk melakukan apa yang telah disampaikan oleh penulis.Di celahan helaian muka surat terdapat 1 nota ‘ISLAM SAYANG WANITA J WOMEN WE LOVE’.Ini mesti kerja Safwan.
         “Hannan!!!!!!!”jerit lelaki kejam itu.Hannan diam.Tiba-tiba pintu biliknya dirempuh kuat.”aku panggil kau tak jawab.Kau pekak kew?”Hannan menggigil saat ayah tirinya menggila.Takut dia melihat ayah tirinya.Mama…Tolong Hannan.!!!”Dah mari ikut aku.Tauke tu nak kau malam nie.”Mathir menarik tangan polos Hannan.”Ayah tolong la jangan paksa Hannan.Hannan tak mahu.””Jangan degil.Kalau tak parah kau nanti.Cepat!!!”Mathir terus mengheret Hannan yang kesakitan tanpa belas kasihan. “Ayah tolong la.Sakit tangan Hannan.Hannan tak nak pergi.”Hannan tak hentihenti merayu.Pang!!!!Berdesing telinga Hannan.Kepalanya terteleng ke tepi.Dia menggosok pipinya yang berbinar.Darah mengalir keluar dari elah bibirnya.”Kan aku dah cakap.Jangan melawan.”Hannan mengelap darah itu.Dia tekad.Apa nak jadi pun jadi la.Di telinganya seperti ada yang berbisik.Hannan!!!Lari!!!Jangan bagi dia peluang untuk musnahkan hidup kau.Percayalah ALLAH akan jaga kau.Dengan tenaga yang berbaki barcampur keinginan untuk melepaskan diri,Hannan menolak kuat tubuh Mathir.Jatuh tergolek Mathir.Kepalanya terhempap di dinding.Hannan kaget.Ya ALLAH apa aku dah buat.Tubuh Mathir kaku di penjuru dinding biliknya.Hannan nie la peluang kau lari.Cepat Hannan sebelum dia bangun.Hannan menggapai kain yang memang tersangkut elok di biras katilnya.Dia ambil kain itu untuk menutup kepalanya.Hannan terus berlari keluar dari tempat puaka itu.Hannan berhenti berehat di perhentian bas untuk melepaskan lelah.Anak-anak muda sebaya dengannya dan yang lagi muda darinya melepak di situ.Lelaki dan perempuan bercampuran.Bertepuk tampar tanpa rasa segan.Hannan takut sebenarnya berlama di situ.Takut diganggu.Tapi tidak.Mereka langsung tidak memandangnya seperti yang biasa dia lalui.Pertama kali dalam hidupnya dia rasa bebas.Sebebasnya.Tanpa diganggu,rasa selamat dari manusia yang ingin membuat keji kepadanya.Adakah kerana dia memapaki shawl yang diberikan oleh Safwan.Jadi benarlah statmen yang dikeluarkan oleh ilmuwan Islam.Tak bukan Islam tapi ALLAH.ALLAH yang mengatakan begitu.Ya ALLAH aku percaya dengan adanya MU.Ampunkan aku.Berilah aku peluang untuk bertaubat Ya ALLAH.Hannan merintih dalam hati.Air matanya mengalir keluar pelahan.Hannan memeluk tubuhnya kerana kesejukan dingin malam.Dia lupa mengamil telefonnya.Jika tidak bolehla dia menghubungi Sarah untuk meminta pertolongan.Tiba-tiba dia melihat beberapa orang lelaki berpakaian hitam menghampiri perhentian itu.Kelihatan seperti anak-anak buah Mathir.Adakah mereka dating ntuk menangkapku?Tak..Tak boleh aku kena lari.Ketika Hannan mahu melangkah seorang lelaki perasan dia.”Wei!!!Tu dia anak bos.”Hannan kaget.Dia terus melintas jalan tanpa memandang kiri kanak.Tiba-tiba……..
          Sadaqallahua’zim.Sarah mengakhiri dengan MAKA BENARLAH FIRMAN ALLAH YANG MAHA AGUNG ITU.Hati Sarah bila tak tenang dia akan membaa kalam suci itu.Cuma ayat-ayat yang suci sahaja mampu menenagkan gundah di hatinya.Sarah menghampiri kometer riba yang masih terpasang.Assigment tak siap lagi nie.Malam makin larut.Bosan pulak tu.Ah..pasang lagu la.Laungan cinta.Itulah pilihannya.Sedang menghayati lagu itu dia teringat Hannan.Lagu ini seperti mengisahkan tentang kisah hidup Hannan.

Aku impikan cinta lagi, 
adakah akan hadir sebuah laungan cinta? 
Dan bila mata aku melihat kesakitan yang tersimpul dihatimu, 
yang tak mampu untuk kau selindung itu, 
sesungguhnya aku terluka dengan kesedihan yang datang, 
beratnya dugaan yang kau hadapi oh
Hadirlah wahai cinta, 
moga hilangnya sengsara, 
usah ditangisi, 
iya, lukamu kan pulih jua 
hulurkan tanganmu, 
bernafaskan rasa rindu, 
percaya pada yang satu, 
bergema hanya laungan cinta,
Aku impikan cinta lagi, 
adakah akan hadir sebuah laungan cinta?
Dan bila ku melihat sakitnya yang kau rasa, 
denyut pedihnya kurasa bersama, 
andai tiada bertepi penyeksaan ini, 
laungkanlah suara cinta, 
andai tiada bermaya pasti kan menjelma, 
ketentuan dari yang kuasa
Walaupun hujan seakan tak henti, 
sabarlah menanti pelangi, 
kan tumbuh mekar bunga-bunga syurga, 
bahagia selama-lamanya

          Ya..Memang sama.Sarah memang pencinta lagu.Tapi lagu yang berunsur ketuhanan je la.Pernah dia memasang satu lagu yang sedang merebak di youtube.”Eh Sarah awak dengar lagu apa tu?””Ish.Hannan rupanya.Terkejut saya tau.Kenapa tak bagi salam dulu.””Hehehe.sorry la.Assalamualaikum.”Sarah menjawab salam Hannan dengan dada yang lapang.”Hannan nak tahu kenapa kita perlu memberi salam?”Hannan menggeleng.Dia memang tak tahu apa-apa tentang Islam.”Assalamualaikum bermaksud sejahteralah keatas kamu.Nabi suruh kita doakan orang yang kita jumpa sebab itu lambing kita sayangkan orang it.Lagi satu itu adalah salah satu cara untuk mengeratkan silaturahim antara kita.”Hannan mengangguk-angguk faham seperti anak kecil.”Ohh..begitu.Eh Sarah lag apa yang awak dengar nie.Muzik dia best sangat macam lagu One Direction je.Tapi lain la.Lain sangat rentak dia.””Ha ini tajuk dia Hijab Make You Beautiful.Parady untuk What’s Make you Beautiful.Dia orang nie olah lagu nie untuk perempuan.Dia orang berpendapat perempuan lagi cantik kalau berhijab.Tapi yang nyanyi lagu nie bukan dia orang la.Voice of Men yang nyanyi.Yang dia orang Cuma buat official muzik je.Best kan lagu nie.””Yup.Best sangat.Muzik dia lagi rancak.Lirik lagu dia pun best.Cantiknya tengok perempuan-perempuan nie pakai tudung.Boleh ka pakai tudung macam dia orang?””Boleh.Tak ada masalah.Islam tak menghalang muslimah berfesyen.Janji ikut garis panduan yang diberi.Tidak jarang,tutup dada,tidak menampakkan sanggul seperti bonggol unta.Mudah kan?” “Erk..Sarah?Orang macam saya nie layak ka untuk dapat keampunan dari Tuhan?””Hannan..Apa pulak tak layak.Kita kan hamba-NYA.DIA yang cipta kita.Mesti la kita kena kembali kepada DIA.””Awak doakanlah saya semoga dapat ikut segala suruhan Tuhan ya.Seronok jadi awak.Selalu tenang je.Macam taka da masalah.”Insyaallah.Awak pun kena la usaha untuk berubah.Setiap orang ada masalah uma macam mana kita nak hadapinya mungkin berbeza.ALLAH akan tolong kita kalau kita ikut perintah-NYA.Percayala ALLAH saying kita.”Hannan senyum.Senyuman yang menyimpan beribu kedukaan di dalam hati dan hidupnya.Semoga ALLAH memberinya hidayah sebelum diangkat rohnya.
         Aku di mana?Kenapa putih ja nie?Aku dah mati ka?Ya ALLAH aku belum sempat bertaubat.Tolonglah hidupkan aku kembali untuk sujud pada-MU.”Anak dah sedar?”Hannan memandang lelaki yang menegurnya.Di sebelah lelaki tua itu ada seorang wanita bertudung tersenyum manis kearahnya.”Saya di mana nie pak cik?”Tanya Hannan.”Kamu ada di klinik.Pak cik terlanggar kamu tadi.Doktor suruh tunggu kamu sedar.Segala pengenalan kamu tiada jadi terpaksa la kami tngg kamu sedar.Nak daftar kamu di klinik nie.””Nama saya Hannan.””Ohh..Hannan..Rumah di mana?Biar pakcik hantarkan.””Hantarkan?Jangan pakcik.Saya tak mahu balik.Saya takut.Ayah tiri saya nak jual saya.Tolong pakcik jangan.”Menangis Hannan.Wanita di sebelah pakcik itu memeluk erat Hannan untuk menenangkan Hannan.”Abang.Kita bawa balik je la Hannan nie.””Erm..Baiklah.Tapi kita kena buat report polis dulu la.Boleh Hannan?”Hannan diam.”Kalau tak buat report ayah tiri kamu akan cari kamu.”Hannan hanya mengangguk setuju.Dia sudah binggung mahu melakukan apa.
        “Kenapa kita berhenti sini makcik?”Hannan melihat bangunan itu bercahaya terang.Ramai orang menuju ke bangunan tersebut.Lelaki perempuan semuanya berpakaian elok.”Kita solat subuh dulu nak sebelum balik.Lagipun dah masuk waktu  nie.””Solat???”Air mata Hannan menitis lagi.”Kenapa nie?””Hannan tak tahu solat makcik.Maam mana Hannan nak solat?”Ya ALLAH kesiannya anak ini?Semoga ALLAH ampunkan ibu bapanya.”Makcik tolong Hannan.””Tolong apa nak?””Tolong ajar Hannan solat.”Wahida mengangguk.Hannan memeluk wanita yang sudah dia anggap seperti mamanya.Dia dapat merasa kasih sayang yang mengalir dari tubuh wanita yang bernama Wahida itu.
          Safwan memandang Hannan yang sedang leka bermain dengan keluarga barunya di pantai yang sering dia melihat gadis itu menangis.Alhamdulillah dia sudah memiliki hidup yang dia inginkankan.”Assalamualikum abang.Hai kusyuknya tengok.””Waalaikummussalam.Ish Sarah nie.Buat abang terkejut saja.””bekenan kat Hannan bagitahu la ummi.Suruh ummi masuk meminang Hannan cepat.Dah alang-alang Sarah memang tak sabar nak ada kakak ipar nie.”usik Sarah.”apa la Sarah nie.Mana ada.””Eleh.tak ada konon.Ingat Sarah tak tahu abang selalu follow Hannan tu?Jangan bang.Bahaya tu.Syaitan akan sentiasa mencucuk anak Adam yang mengejar cinta palsu nie.Kalau ummi tahu.Siap abang kena.””Ya la.Nanti abang bagitahu ummi.” ”Erm..Alhamdulillah.Happy sangat tengok Hannan seronok.Rasanya dia dah dapat ketenangan dan kebebasan yang dia cari.Rupanya lelaki yang tolong dia tu ayah kandung yang mama dia suruh cari.Ayah tirinya pulak dah masuk jail sebab rasuah.Syukur kehadrat ILLAHI.Allah dah makbulkan segala permintaannya.”Alhamdulillah.Janji ALLAH pasti.Siapa yang bersabar ALLAH akan bagi pelangi kepadanya.Laungan cinta Hannan disambut oleh ALLAH.


p/t:Alhamdulillah siap jugak benda merapu nie.Hope korang suka.Sambil-sambil tu korang dengar la lagu yang dinyanyikan oleh Voice of Men Laungan Cinta.Waktu ila kering idea nak tulis ila dengar lagu nie la.Terus ada idea.Teruskan menyokong penasyid-penasyid kita.Untuk maklumat lanjut boleh klik di bawak yew.Serius lagu diaorang nie best.Sekarang nie diaorang tenag nyanyi satu lagi lagu Women We Love.Kami tunggu nie.