Powered By Blogger

Rabu, 5 November 2014

Aman Palestin



Assalamualikum warahmatullahiwabarakatu...

Selamat sejahtera wahai putera,puteri,raja serta permaisuri yang sudi baca blog ila yang akan menggegarkan dunia tenat ini dengan dakwah dan tarbiyah tersendiri..

Disini ila nak kongsi tentang Aman palestin..

Aman Palestin adalah satu badan kebajikan untuk membantu warga2 Islam sedunia terutamanya Palestin..
Ila selalu follow page diaorang untuk tahu perkmbangan tentang Palestin...sedih sangat..orang2 Palestin diseksa..didera..dirampas haknya..ALLAHUAKBAR..tengokgambar sahaja pun macam nak nangis..sdih saudara seagama diperlakukan seperti binatang...Rjim Zionis tak kan pernah berhenti melakukannya sampai waktu ALLAH akan menghantar bala tentera-NYA untuk  membalasnya..janji ALLAH itu pati

Kita sebagai saudara mereka hantarlah sumbangan dari segi wang atau sebagainya..kalau tak mampu cukuplah sekadar doa..kerana doa ini adalah senjata paling hebat umat Islam...

''YA ALLAH KAU BERILAH KEKUATAN KEPADA UMAT ISLAM UNTUK MENENTANG MUSUH2 YANG CUBA MENGHAPUSKAN AGAMA SUCI INI...SESUNGGUHNYA KAU MAHA MENDENGAR LAGI MAHA MELIHAT..AMIN''


Nak tahu tentang Aman Paletin???Like page nie di facebook

https://www.facebook.com/AmanPalestinOfficial/timeline





Derma
BIslam:12029010047880
Maybank:562263010787
CIMB: 8600460353
BMuamalat:12070005133717
RHB Bank:21245760004907
Bank Rakyat: 220806195922
Misi
VISI
Menjadi sebuah badan yang akan menjadi sumber rujukan (Marja’iyyah) dengan mengambil peranan memberikan pertolongan (An-Nusrah) dan sokongan (Ad-Da’mu) kepada rakyat Palestin untuk menikmati kehidupan yang aman sejahtera dengan memiliki model institusi yang profesional dan berkualiti yang meraikan ketelusan, amanah dan kesungguhan (Jiddiyyah).

MISI
1.Menerapkan kesedaran dan keinsafan dalam hati diri umat Islam di Malaysia untuk membantu saudara mereka di Palestin sebagai satu ummah yang berukhuwwah.
2.Membina projek yang nyata di dalam pelbagai bidang di bumi Palestin untuk membantu mereka membina masa depan dan meneruskan kehidupan di samping menampung keperluan-keperluan segera yang diperlukan.
Maklumat syarikat.
Tabung Palestin Aman Palestin telah dilancarkan secara rasminya oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Malaysia pada 8 September 2009.

1- Bank Islam (M) Berhad: 12029010047880
2- Maybank (M) Berhad: 562263010787
3- Bank Muamalat (M) Berhad: 12070005133717 - Akaun Bantuan Syria... Lihat seterusnya..
Keterangan
Pembentukan Negara Haram Israel pada 15 Mei, 1948 di bumi Palestin 66 tahun lalu telah mengundang malapetaka besar di mana dunia mulai menyaksikan kekejaman rejim Zionis memalui pertempuran demi pertempuran yang mengakibatkan beribu-ribu warganegaranya gugur syahid, jutaan pelarian yang meninggalkan tanahairnya sendiri berhadapan masalah pengangguran dan cacat anggota. Tidak kurang juga anak-anak ... Lihat seterusnya..
Maklumat Umum
MAKLUMAT BANK UNTUK PENGHANTARAN DARI LUAR NEGARA
1. The bank code, full name and address of the bank that you're transferring to
Bank code ( dh call bank , dia kata biasanya just perlukan SWIFT code- spt dibwh)

MALAYAN BANKING BERHAD... Lihat seterusnya..
Impressum
Aman Palestin mula beroperasi pada akhir 2004 sebagai inisiatif untuk membantu dan menyalurkan sumbangan serta menjaga kebajikan dan hak kemanusiaan rakyat Palestin. Aman Palestin sentiasa berusaha memastikan setiap ringgit yang didermakan oleh rakyat Malaysia tidak sahaja sampai malah kesemua bantuan tersebut dapat dimanfaatkan sebaik mungkin di Palestin.

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan.

Semenjak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam bentuk projek-projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.

Diharapkan agar keprihatinan yang berterusan oleh rakyat Malaysia dalam menyalurkan bantuan dapat memberikan sinar harapan dan membantu meringankan penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Palestin.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan